FOLIO - T4

KERJA KURSUS 2013

Arahan:- 
  • Soalan Folio SPM2012 (Download)
  • Panduan (Download)
  • Ingatan kepada semua pelajar:-
    • Tarikh hantar projek adalah pada 1 Oktober 2012.
    • Di minta pelajar yang bermasalah, segera menghubungi cikgu menerusi emel (fakha@yahoo.com)..

1. Mengenalpasi & menentukan perniagaan pakaian samada 
    pakaian lelaki, wanita, batik & Songket, pakaian 
    serbaneka,kanak-kanak mahupun kedai tudung dan 
    selendang. (rujuk soalan) 
2.Membuat perancangan urusniaga harian (dalam bulan   
   yang dipilih) pada Sheet "L4 U.NIAGA" dalam  
  "Excell" berpandukan kepada butiran berikut:- 

 




       Pastikan urusniaga yang dilaksanakan logik dari segi nilai 
      & kuantiti. Sbg contoh, 1/8/2012 - membayar pemiutang 
      dengan tunai RM1500. Urusniaga ini tidak sah kerana, baki
      semasa tunai awal pada bulan ogos adalah RM1000 (rujuk
      baki awal dalam "PROFIL")
     *Peringatan : Sila pastikan perancangan urusniaga mestilah  mematuhi jumlah bagi setiap komponen. Sila masukkan no. urusniaga pada -Check-list Komponen-(Download)
    3.Sila download aplikasi "Excell" di bawah dan ikuti  
       langkah berikut:-
    • Pada sheet "TARIKH" sila tentukan mana-mana bulan dalam tahun semasa. Seterusnya, sila updatekan Jenis stok yang dijual, harga belian dan harga jualan di ruangan bawahnya. Kemudian, sila update kan kuantiti bagi setiap stok berkenaan pada sheet "L5 K.STOK". Peringatan: pastikan jumlah semua stok awal ialah RM10000  (sila rujuk "Stok Awal" setelah semua stok dimasukkan).
    •  Sila isikan maklumat seperti nama & IC dalam "L2 AKUAN". Untuk AngkaGiliran, sila biarkan kosong kerana akan di isi pada tahun akan datang. Ruangan tandatangan perlu di "sign" setelah dokumen tersebut di cetak.
    • Sila isikan profil perniagaan yang telah di rancang. (Guna kreativiti & imaginasi seolah-olah anda telah menjalankan perniagaan pakaian yang dipilih tadi)
    • Tentukan pelanggan & pembekal bagi perniagaan yang dibina dengan mengisi maklumat yang terdapat di lembaran "Pelanggan & pembekal" - Sila tentukan 2 orang bagi setiap pelanggan yang berurus niaga secara kredit & 2 orang pelanggan yang berurus niaga secara tunai. Begitu juga dengan pembekal. tentukan 2 orang bagi pembekal yang berurusan secara kredit & 2 orang bagi pembekal yang berurusan secara tunai.
    • berpandukan urusniaga yang telah dirancang pada helaian "L4 U.NIAGA", sediakan dokumen yang terlibat dengan cara copy dokumen terlibat pada helaian "Template dokumen" dan paste dokumen tersebut pada helaian "sebenar" - sila rujuk contoh ini. kemudian ubah kuantiti, butir dan harga barangan bergantung kepada perancangan yang telah dibuat di "L4 U.NIAGA". Ulangi langah tadi dengan berpandukan urusniaga yang telah dirancang pada "L4 U.NIAGA" dan murnikannya di "sebenar" sehingga kesemua transaksi sehingga akhir bulan berjaya dilaksanakan.
    • Setiap kali dokumen perniagaan di jelmakan di "sebenar", jangan lupa, updatekan setiap unit stok di "L5 K.STOK" agar jumlah baki stok menepati jumlah sebenar. sila rujuk contoh ini.
    • Seterusnya, setelah selesai kesemua dokumen, pindahkan setiap transaksi yang dirancang tadi ke buku catatan pertama"Jurnal"  (Jurnal AM, Jurnal Belian, Jurnal Pul Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Jualan) & "Buku Tunai"
    • Setelah selesai semua transaksi, sila tutupkan semua Jurnal dan buku tunai tersebut.
    • Pindahkan semua catatan jurnal  yang dibuat tadi ke "lejar"
    • Seterusnya, tutup semua lejar berkenaan dan pindahkan kesemua bakinya ke Imbangan duga "I.Duga" (pastikan baki sebelah debit & kredit imbang)
    • Seteruskan sediakan penyata kewangan (Penyata Pendapatan & Penyata Kunci Kira-kira) pada sheet "PPend" & "KKK".. Format penyata pendapatan dan penyata kunci kira-kira telahpun disediakan. Sila buang mana-mana item yang tidak diperlukan dan kemaskini jumlah tersebut berdasarkan angka dalam imbangan duga.
    • Setelah siap penyata kewangan, sila semak "sebenar" dan perbetulkan layout excell tersebut agar margin yang telah dibuat, selari dengan saiz kertas A4.
    • Seterusnya, download "Elemen 1- Pengenalan" di bawah ini dan ubahsuai pengenalan perniagaan dengan perniagaan yang dipilih. gunakan pendekatan ayat anda sendiri bergantung kepada kesesuaian.
    • Selanjutnya, download "Elemen 2 - Penutup" di bawah ini dan kemaskini data yang diberikan mengikut kesesuaian.
    • Cetak kesemua helaian yang dibuat tadi kecuali "tarikh", "template dokumen" dan "Kandungan"
    • Susun folio anda ini mengikut turutan pada "Kandungan" dan letakkan muka surat pada setiap helaian yang telah disusun tadi.
    • Seterusnya, updatekan muka surat yang telah disusun tadi pada "Kandungan" dan cetak dokumen "Kandungan" ini. 
    • Akhir sekali, siapkan penghargaan terlebih dahulu (boleh rujuk contoh yang telah dibekalkan dibawah) dan letakkannya di permulaan folio. sila rujuk susunan dalam "Kandungan".
    • Selesai.........
  Panduan pelaksanaan:-

Download aplikasi:-